Mourinho kecewa United tewas di tangan West Brom - Bola Sepak | mStar

Mourinho kecewa United tewas di tangan West Brom

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 7:57 AM

Foto dari Reuters.

(Ubah saiz teks)

JOSE MOURINHO tidak lokek memuji kejayaan Manchester City pada Liga Perdana Inggeris, tetapi menghentam Manchester United di atas kekalahan mengejutkan ketika menentang West Bromwich Albion 0-1 pada Ahad.

Bagi mengelakkan City daripada dijulang menjadi juara bertahan dalam beberapa hari lagi, United tidak boleh berdepan kekalahan ketika menentang kelab yang berada di kedudukan corot (Albion) di Old Trafford.

Tetapi Jay Rodriguez dari West Brom menghadiahkan gol kemenangan yang menakjubkan pada minit ke-73 setelah kehilangan sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Ironinya apabila United bangkit daripada keputusan 2-0 ke atas City pada hujung minggu lalu dan memenangi perlawanan 3-2 tetapi terpaksa tunduk dengan West Brom di laman sendiri.

Mourinho mendakwa dia tidak gembira selepas keputusan City itu kerana dia tahu kelab tersebut akan memenangi liga dan dia turut menuduh beberapa pemainnya hilang tumpuan dalam permainan.

"Saya tidak tahu sama ada saya adalah yang pertama atau kedua atau ketiga tapi saya mengucapkan tahniah kepada mereka (City) secara berdepan apabila saya mempunyai peluang.

"Saya tahu bahawa lambat laun mereka akan jadi juara dan jika saya berada pada kedudukan mereka, saya akan sangat kecewa jika ada yang mengatakan mereka memenangi gelaran juara liga kerana Manchester United kalah terhadap West Brom.

"Mereka menang kerana mereka adalah pasukan terbaik, mereka kehilangan hanya beberapa mata. Mungkin kerana saya memenangi lapan kejohanan, saya tidak berada pada kedudukan terbaik untuk menentang mereka," kata Mourinho.

United berada 30 gol di belakang City pada musim ini dan Mourinho tidak berjaya menguruskan pasukannya walaupun memiliki pemain hebat seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial. - AFP

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan