Mourinho dedah Smalling tak bagus, cari tiga pemain lain - Bola Sepak | mStar

Mourinho dedah Smalling tak bagus, cari tiga pemain lain

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2018 5:04 PM

Cris Smalling

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menyerahkan tiga nama kepada pengurusan Manchester United bagi menggantikan Chris Smalling.

Pengendali portugis itu memutuskan bekas pemain tengah Fulham itu tidak cukup bagus dan perlu mencari pemain lain untuk disenaraikan dalam barisan utama bagi digandingkan dengan Eric Bailly.

Mourinho terpaksa mengubah perancangan untuk mendapatkan pemain Barcelona Samuel Untiti yang semakin hampir menyambung kontraknya di Camp Nou.

Smalling juga mungkin sedar tempatnya itu bakal digantikan dengan rakan sepasukan kebangsaan, Harry Maguire dengan nilai 35 juta pound, lapor Mirror.

Pemain pertahanan Leicester itu juga dikatakan telah 'merampas' posisi Smalling dalam skuad England dibawah bimbingan Gareth Southgate.

Mourinho juga dilaporkan masih berminat dengan pemain Real Madrid, Raphael Varael dan pemain pertahanan Paris Saint Germain, Marquinhos namun langkah mendapatkan Maguire lebih mudah berbanding mereka berdua.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan