Salah catat sejarah Liga Perdana Inggeris - Bola Sepak | mStar

Salah catat sejarah Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2018 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Liverpool Mohamed Salah melakar sejarah Liga Perdana musim ini.

Pemain antarabangsa mesir Mesir itu dipilih Pemain Terbaik bulan Mac selepas November dan Februari lalu.

Anugerah tersebut merupakan yang ketiga dirangkul musim ini berikutan prestasi luar biasa bersama The Reds dengan 29 gol keseluruhan setakat bulan lalu.

Salah menjadi pemain pertama yang merangkul tiga anugerah dalam satu musim.

Sejak berpindah ke England dari Roma musim lalu, pemain berusia 25 tahun itu ternyata tampil dengan aksi berlainan berbanding ketika menyarung jersi Chelsea di antara tahun 2013 dan 2015.

Salah juga telah merakam enam gol dalam empat perlawanan liga musim lalu bermula dengan dua gol kemenangan ketika menentang Newcastle di Anfield.

Dengan jumlah 29 gol, Salah mengetuai kedudukan penjaring terbanyak musim ini di hadapan Kane dengan kelebihan empat gol dan meninggalkan lapan jaringan di depan pemain Manchester Ciry, Sergio Aguero.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Mohamed Salah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan