Manchester United bakal 'merempat' sementara - Bola Sepak | mStar

Manchester United bakal 'merempat' sementara

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2018 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bakal merempat jika mereka mengambil keputusan untuk menaik taraf Stadium Old Trafford.

Menurut Pengarah Urusan Richard Arnold, perancangan untuk menambah ruang tempat duduk 'Sir Bobby Charlton Stand' bakal menghadapi cabaran besar  pembinaan.

Pembinaan meliputi penambahan kapasiti temnpat dudduk dari 76,000 kepada 90,000 akan mengambil masa panjang jika ia dibenarkan.


"Kali terakhir naik taraf bukan mudah. Sir Booby Charlton Stand adalah ruang terakhir yang belum ditambah.

"Tidak ada banyak ruang, dan bermakna ia akan menjadi cabaran kepada jurutera.

"Ia juga mungkin cabaran untuk pelbagai musim dan jika tidak perlu ia tidak akan membuatkan kita hilang tempat berteduh," ujarnya kepada South China Morning Post.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Old Trafford
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan