Keputusan seri jawapan sebenar kedudukan Chelsea musim ini - Bola Sepak | mStar

Keputusan seri jawapan sebenar kedudukan Chelsea musim ini

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2018 7:21 AM

Antonio Conte

(Ubah saiz teks)

CHELSEA berdepan dengan kesukaran untuk berada dalam kelompok keempat terbaik liga selepas hanya mengutip seri 1-1 ke atas West Ham United.

Pada aksi lewat Ahad malam itu menyaksikan anak buah Antonio Conte gagal memanfaat peluang di tempat sendiri apabila Javier Hernandez menyamakan kedudukan pad aminit ke-73 permainan.

Sebelum itu, gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Cesae Azpilicueta minit ke-36.

Conte kini ketinggalan sepuluh mata daripada pendahulu liga, Manchester City.

Kedudukan itu menyebabkan Conte diejek oleh penyokong-penyokong Chelsea sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.

Menurut Conte, semua orang perlu berkongsi tanggungjawab untuk keputusan ini.

"Kami perlu menang perlawanan seperti ini jika ingin mencapai sasaran dalam kelompok keempat.

"Jika anda hanya menjaringkan satu gol, lebih-lebih lagi di England, and hanya berada dalam situasi seimbang dan apa sahaja boleh berlaku. Kami perli lebih klinikal," jelasnya selepas perlawanan.

Malah pengendali kelahiran Itali itu juga mengakui petunjuk sebenar keadaan pasukan sudah terjawab.

"Saya fikir perlawanan ini sudah ada jawapan untuk musim ini. Kami banyak mencipta peluang, namun gagal melepasi mereka," jelasnya kepada BBC.

Chelsea kini berada di tangga kelima liga, makala West Ham di kedudukan ke-14.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan