Legenda bola sepak England, Wilkins Meninggal Dunia - Bola Sepak | mStar

Legenda bola sepak England, Wilkins Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2018 7:28 AM

Foto dari Bucks Free Press

(Ubah saiz teks)

RAY WILKINS, bekas pemain tengah England yang bermain untuk Wycombe Wanderers pada tahun 1996, telah meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Wilkins juga pernah menyertai kelab seperti Chelsea, Manchester United, Queens Park Rangers dan Rangers sepanjang 24 tahun kerjaya sebagai pemain bola sepak.

Pemain tersebut mengalami serangan jantung pada bulan lalu dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital St George, Tooting, di London, United Kingdom.

Wilkins menyertai Chairboys pada 1996 dan membuat sekali penampilan ketika menentang Luton Town.

Dia memenangi 84 'cap' untuk England dan mengetuai pasukan kebangsaan sebanyak 10 kali serta bermain dua kali dalam Piala Dunia. - Bucks Free Press

Tags / Kata Kunci: Ray Wilkins
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan