Ronaldo 'serang' Juventus - Bola Sepak | mStar

Ronaldo 'serang' Juventus

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2018 7:48 AM

Aksi Ronaldo selepas menjaringkan gol dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama ketika menentang Juventus. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo sekali lagi mencatatkan prestasi yang cemerlang dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara ketika menentang Juventus.

Dalam pertembungan di Stadium Allianz Stadium, Turin, Itali, awal pagi Rabu, Real Madrid menewaskan Juventus dengan 3-0.

Dua daripada gol tersebut diraih Ronaldo.

Pemain Portugal itu merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 10 permainan berturut-turut dalam perlawanan itu.

Dengan hanya tiga minit pertama, Ronaldo memberikan gol pembukaan buat Real Madrid.

Gol kedua pemain berusia 33 tahun itu dicatatkan dalam tempoh sejam selepas pada minit ke-64.

Rakannya, Marcelo pula menambah mata buat Real Madrid pada minit ke-72.

Pasukan di bawah pengurus Zinedine Zidane akan beraksi dalam perlawanan suku akhir pusingan keduadi Bernabeu pada Rabu depan. 

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan