Ronaldo Dalam Radar Juventus - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Dalam Radar Juventus

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2018 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sensasi, Christiano Ronaldo mengungguli kejuaraan pertama dengan penuh gaya selepas menjaringkan gol kemenangan Real Madrid ke atas Paris Saint-German untuk mengalahkan pasukan kendalian Unai Emery itu.

Ronaldo, 33, menjaringkan 21 gol dalam semua perlawanan tahun ini dan Giorgio Chiellini mengakui pasukannya, Juventus, ada rancangan khas dalam menyekat kemaraan pemain itu.

Bagaimanapun, dia bertegas agar pasukannya tidak fokus kepada Ronaldo sahaja kerana ahli pasukan Real Madrid yang lain juga tidak kurang hebatnya.

"Ramai yang membantu Ronaldo untuk menjaringkan gol.

"Dia sememangnya seorang pemain yang berbeza, namun kami juga tahu Real Madrid ada ramai lagi pemain lain yang berbahaya.

"Kami tidak mahu balas dendam terhadap Madrid," tegasnya.

Tahun lalu, Madrid menundukkan Juventus 4-1 sewaktu perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Namun, Chiellini menafikan bahawa pasukannya mahu menebus balik kekalahan itu.

Tambahnya, pasukannya juga mempunyai kenangan positif sewaktu menentang pasukan teratas dalam Liga Juara-Juara itu.

"Sekiranya nak pergi jauh dalam pertandingan ini, anda perlu menentang pasukan lawan yang berkaliber.


Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Juventus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan