Tuchel Pilihan Utama PSG - Bola Sepak | mStar

Tuchel Pilihan Utama PSG

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2018 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS Saint-Germain (PSG) bakal menyunting Thomas Tuchel sebagai pengurus baharunya.

Tuchel menjadi pilihan utama menggantikan Unai Emery,46, yang dijangka akan meninggalkan kelab penghujung musim ini selepas hanya menamatkan aksi Liga Juara-Juara dalam pusingan kelompok 16 pasukan sahaja.

Menurut laporan L'Equipe, PSG berminat untuk melantik Tuchel,44, bekas pengendali Borussia Dortmund.

Tuchel turut dikaitkan dengan Arsenal, Chelsea dan Bayern Munich.

Sebelum ini dilaporkan pemilik PSG yang juga  Pengarah Antero Henrique berminat mendapatkan Antonio Conte, Villas-Boas dan Paulo Fonseco.

Tags / Kata Kunci: PSG , Thomas Tuchel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan