Bekas Pemain Tengah England Kritikal - Bola Sepak | mStar

Bekas Pemain Tengah England Kritikal

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2018 7:58 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain England Ray Wilkins dilaporkan koma berikutan mengalami masalah jantung.

Wilkins,61, yang kini bekerja sebagai komentator di Sky Sports New and talkSport sejak minggu lalu dilaporkan terjatuh selepas jantungnya berhenti.

Dia dibawa ke Hospital St George di Tooting London dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya berharap semua pihak memberi ruang kepada kami dalam waktu sukar ini," ujarnya anaknya Ross Wilkins pada Jumaat.

Biarpun kesihatannya merosot sejak dua tahun lalu, bekas pemain tengah Chelsea, Manchester United dan Real Madrid ini tetap terlibat dalam bidang media sukan.

"Dia kini berada dalam penjagaan rapi. Saya takut. Dia kritikal.

"Keadaannya menyebakan pihak hospital terpaksa meletakkan dia dalam koma. Situasi sangat buruk dan sukar buat keluarga.

"Dia bakal menjalani ujian imbasan pada Selasa ini," jelas isterinya, Jackie.

Wilkins juga merupakan bekas pengurus QPR, Fulham, Jordan dan jurulatih sementara Chelsea sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Ray Wilkins , England , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan