Ibrahimovic Akui Mahu Ke LA Galaxy Sebelum Old Trafford - Bola Sepak | mStar

Ibrahimovic Akui Mahu Ke LA Galaxy Sebelum Old Trafford

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mac 2018 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibramovic mendedahkan dia sepatutnya dia ke LA Galaxy sebelum berpindah ke Manchester United.

Pendedahan itu dibuat oleh Galaxy di California pada Jumaat selepas penyerang Sweden itu bertuju dengan kontrak bersama MLS minggu lalu.

Galaxy sudah memerhati bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu sejak beberapa tahun lalu.

Ibrahimovic berminat menyetai Galaxy sebaik sahaja tamat kontrak bersama PSG pada musim 2016 tetapi bertukar ke Old Trafford dengan kontrak setahun.

"Ia sepatutnya berlaku sebelum tiba di Manchester United. Fikiran saya di sini. Saya memang mahu berada di sini dan ia tidak berlaku.

"Perkara biasa apabila situasi ini terjadi. Tetapi takdir saya memang ke sini, Los Angeles hubungi dan saya jawab," ujar Ibra.

Sepanjang bersama United, Ibrahimovic hanya melakukan tujuh penampilan selepas kembali daripada kecederaan November lalu.

Ibrahimovic mula menjalani latihan bersama LA Galaxy.

Pemain 36 tahun itu tidak beraksi dengan skuad Jose Mourinho apabila megakui berdepan tahap kecergasan.

"Apabila saya kembali ke skuad, saya mula bermain tetapi perlu melakukan sesuatu sebelum beraksi sepenuhnya.

"Saya bermain enam atau tujuh perlawanan, jaringkan gol tetapi merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya tidak dapat memberi seratus peratus. Saya seperti tidak bersedia, jadi saya tarik diri.

"Saya bukan berada di sana bukan kerana saya Ibrahimovic. Saya berada di sana kerana keputusan dan jika saya tidak dapat melakukannya, orang lain yang patut berada di padang. Saya perlu lakukan sesuatu yang boleh memberi keputusan yang baik.

"Dan apabila Galaxy menghubungi setiap hari, saya mula mengharapkan sesuatu dalam cara yang berbeza," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , LA Galaxy
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan