Mourinho Pujuk Bale Tinggalkan Real Madrid - Bola Sepak | mStar

Mourinho Pujuk Bale Tinggalkan Real Madrid

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2018 2:53 PM

Gareth Bale. - Foto dari Uefa

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho meyakinkan Gareth Bale untuk meninggalkan Real Madrid dan mengikat kontrak dengan Manchester United musim ini, mengikut laporan berita di Sepanyol.

Menurut laporan Sport, Mourinho mula memujuk Bale untuk berpindah ke Old Trafford pada musim lalu dan ia mungkin dapat direalisasikan pada tahun ini.

Laporan yang memetik sumber tidak dikenali itu mendakwa, Bale sudah diyakinkan untuk menandatangani kontrak bersama United pada musim ini memandangkan dia ingin keluar dari Real selepas berdepan detik sukar dengan kecergasan diri sendiri.

Bale menyumbat sembilan gol dan menjadi pembantu penjaring sekali dalam La Liga musim ini, namun penampilannya terhad hanya 14 kali musim ini.

Sementara itu, United bersedia untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu menentang Swansea di Old Trafford.

The Red Devils kini berada di tangga kedua dan berusaha untuk memanjat empat tangga teratas musim ini selepas berada di kedudukan keenam musim lalu. - The Sport Review

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan