Neymar Tidak Akan Menang Ballon d'Or Selagi... - Bola Sepak | mStar

Neymar Tidak Akan Menang Ballon d'Or Selagi...

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2018 8:05 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain legenda Brazil Roberto Calos mendedahkan Neymar tidak akan menang sebarang trofi Ballon d'Or.

Carlos yang pernah menjadi bintang ketika bersama Real Madrid memberitahu, selagi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masih ada di padang, peluang untuk Neymar merangkul anugerah Ballon d'Or tidak akan ada.

Malah katanya, banyangan untuk berada menghampiri trofi itu juga amat sukar.

Neymar

"Saya yakin dia melakukan tugas baik dengan memilih untuk bersama PSG (Paris Saint Germain).

"Untuk menjadi pemain terbaik di dunia dia perlu meninggalkan Barca kerana di sana ada Messi.

"Malah dia juga kena sedar bahawa selagi Messi dan Ronaldo masih beraksi, dia hanya akan berada di tepat ketiga," ujarnya kepada France Football.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Roberto Carlos
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan