Timothy Weah Ikut Jejak Presiden Liberia - Bola Sepak | mStar

Timothy Weah Ikut Jejak Presiden Liberia

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2018 9:22 AM

(Ubah saiz teks)

KEMUNCULAN Timothy Weah bersama pasukan Amerika Syarikat (AS) menjadikan dia pemain terbaharu yang mengikut jejak bapanya.

Timothy merupakan anak kepada Pemain Terbaik Fifa 1995 iaitu George Weah yang kini menjadi Presiden Liberia.

Pemain berusia 18 tahun itu menjadi perhatian dengan penampilan pertama peringkat antarabangsa ketika perlawanan persahabatan Amerika Syarikat bertemu Paraguay pada Rabu.

George Weah

Timothy merupakan pemain pertama yang lahir pada era tahun 2000 beraksi bersama AS, muncul di padang pada minit ke-86 dari bangku simpanan.

Penyerang muda ini juga tampil aksi sulung bersama Paris Saint-Germain pada 3 Mac lalu, selepas kurang dua minggu sambutan hari lahirnya.

Penyerang itu mengikut jejak langkah bapanya yang menyarung jersi kelab Perancis itu selama tiga tahun dan memenangi Anugerah Ballon d'Or pada 1995 sebelum menyertai AC Milan.

Selepas itu, dia bersara dan menceburi bidang politik sehingga sekarang.

Timothy dilahirkan di New York dan berpindah ke PSG daripada kelab New York Red Bulls pada tahun 2014.

Tags / Kata Kunci: Timothy Weah , AS , PSG
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan