Beckham Intai Ancelotti, Rooney, Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Beckham Intai Ancelotti, Rooney, Ronaldo

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2018 7:40 AM

David Beckham. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

DAVID Beckham berhasrat untuk mendapatkan Carlo Ancelotti, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo mencipta kejayaan bersama francais baru Major League Soccer (MLS) miliknya di Miami.

Bekas kapten England itu menerima lampu hijau mengenai rancangannya untuk membawa pasukan baharu ke bandar di Florida awal tahun ini.

Miami secara rasminya akan menjadi francais MLS ke-25 dan dijangka mula bermain pada 2020.

Memetik laporan Mirror, Beckham bercadang untuk meminta bekas pengurusnya, Ancelotti untuk membimbing pasukan barunya.

Beckham bermain di bawah Ancelotti dalam masa yang singkat di Paris Saint-Germain pada 2013 dan dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pengurus kelahiran Itali itu.

Selain Ancelotti, calon pengurus lain termasuk Zinedine Zidane dari Real Madrid yang mana Beckham pernah bermain bersama di Bernabeu, dan bekas pengurus LA Galaxy dan skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Bruce Arena.

Beberapa nama besar telah dipilih untuk membawa kerjaya mereka ke Amerika Utara itu dan Beckham berharap dia dapat meyakinkan Rooney dan Ronaldo melakukan perkara yang sama di Miami.

Rooney sebelum ini memberitahu mengenai hasratnya untuk membawa kerjayanya di MLS tetapi baki kontrak bersama Everton adalah sehingga musim panas akan datang.

Sementara itu, Ronaldo masih berada di puncak permainannya dan telah menjaringkan 37 gol dalam 35 pertandingan musim ini. 

Pemain Portugal itu dijangka kekal di Real Madrid sehingga 2021 dan masih dapat dilihat sekiranya Miami mempunyai keupayaan kewangan untuk menandapatkannya dari Los Blancos. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: David Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan