PSG Terpaksa Lupakan Conte - Bola Sepak | mStar

PSG Terpaksa Lupakan Conte

Diterbitkan: Ahad, 25 Mac 2018 12:57 PM

Conte dilaporkan bakal meninggalkan Stamford Bridge penghujung musim ini.

(Ubah saiz teks)

PARIS Saint-Germain (PSG) terpaksa mengalih tumpuan kepada Massimiliano Allegri sebagai calon baharu pengurus musim depan.

Kelab gergasi Perancis itu dijangka akam memecat Unai Emery penghujung musim ini selepas PSG tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (pusingan 16 pasukan.

Menurut laporan Le Parisien, PSG terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan sentuhan pengurus Chelsea, Antinio Conte yang dikatakan sudah mempunyai kelab pilihannya sendiri.

Pengurus kelahiran Itali itu tidak menyambung kontrak baharu di Stamford Bridge selepas mempunyai hubungan dingin dengan ahli jawatankuasa kelab.

Dia dijangka akan meninggalkan The Blues sebaik sahaja musim liga berakhir.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , PSG
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan