Southgate Kecewa Dengan Kelakuan Penyokong England - Bola Sepak | mStar

Southgate Kecewa Dengan Kelakuan Penyokong England

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mac 2018 9:45 PM

Foto: Charlotte Wilson/Offside

(Ubah saiz teks)

PENGURUS England kecewa dengan tindakan penyokong-penyokongnya ketika aksi menang 1-0 ke atas Belanda.

Gareth Southgate kecewa apabila mendengar masalah yang ditimbulkan penyokong England selepas mencatat kemenangan bergaya dan bermaruah di tempat lawan.

Polis Belanda mengesahkan 90 penyokong England ditahan berikutan kekecohan yang berlaku sepanjang perlawanan persabahatan itu berlangsung.

Sebelum itu, Southgate telah meminta semua penyokong England supaya menjaga kelakuan tetapi pesanannya itu tidak dihiraukan oleh sebahagian daripada 5,253 orang yang ada di dalam stadium.


"Saya ada mendengar mereka 'boo' ketika nyanyian kebangsaan tuan rumah bermula. Sesungguhnya kelakuan ini tidak boleh diterima.

"Ia bukan sesuatu yang saya mahu dengar apabila setiap pemain mewakili negara dengan penuh kebanggaan dan bergaya," ujar Southgate.

Tags / Kata Kunci: England , Gareth Southgate
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan