Ibrahimovic Diumum Pemain LA Galaxy Hari Ini - Bola Sepak | mStar

Ibrahimovic Diumum Pemain LA Galaxy Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 7:38 AM

Zlatan Ibrahimovic. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic meninggalkan Manchester United dan akan disahkan sebagai pemain LA Galaxy pada Jumaat.

Langkah ke Galaxy itu bernilai £1 juta (RM5.52 juta) setahun, dijangka diumumkan secara rasmi menerusi satu iklan halaman penuh dalam Los Angeles Times.

Ibrahimovic akan pergi ke California untuk sesi pengenalannya pada minggu depan.

Bintang kelahiran Sweden berusia 36 tahun itu telah menandatangani kontrak untuk musim ini dan dijangka membuat penampilan sulungnya terhadap saingan baharu LAFC pada 31 Mac.

Pada Khamis, Manchester United mengesahkan baki perjanjian satu tahun Ibrahimovic di Old Trafford telah dibatalkan.

Ia sekali gus mengakhiri kerjaya di peringkat tertingginya sebagai penyerang yang juga pernah bermain untuk Barcelona, Ajax, Paris Saint-Germain, Juventus dan kedua-dua kelab di Milan. 

Menerusi laman sosial, Ibrahimovic berkata: "Perkara-perkara hebat juga berakhir dan sudah tiba masanya untuk pergi selepas dua musim yang hebat dengan Manchester United.

"Terima kasih kepada kelab, penyokong, pasukan, jurulatih, kakitangan dan semua pihak yang berkongsi sebahagian sejarah saya ini bersama," katanya. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan