“Saya Tahu ‘Anda’ Penat” - Sanchez - Bola Sepak | mStar

“Saya Tahu ‘Anda’ Penat” - Sanchez

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 7:27 AM

Alexis Sanchez. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ALEXIS Sanchez mengakui beliau berasa letih secara emosi dan 'menderita' secara psikologi ketika cuba bertahan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Old Trafford.

Menerusi posting di Instagram pada Khamis, Sanchez memuat naik gambarnya tersenyum ketika latihan dengan skuad kebangsaan Chile berserta mesej motivasi.

"Saya tahu anda penat. Saya tahu anda penat secara emosi dan psikologi. Tetapi anda perlu tersenyum dan teruskan," menurut Sanchez menulis pada posting tersebut mengenai dirinya.

Pemain berusia 29 tahun itu dilihat gagal merebut kembali kejuaraan terbaiknya sejak menyertai Manchester United dari Arsenal menerusi jendela perpindahan, Januari lalu.

Sejak tiba di Manchester United dalam perjanjian pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal, Sanchez memperoleh hanya satu gol. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan