Pemain Legenda Brazil Dipilih Sebagai Duta Global AirAsia - Bola Sepak | mStar

Pemain Legenda Brazil Dipilih Sebagai Duta Global AirAsia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2018 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pemain kegenda Brazil Roberto Carlos dimumukan sebagai duta global AirAsia.

"Tiada siapa yang memupunyai semangat keberanian seperti Roberto Carlos," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

"Bermula bermain di jalanan di Garca dan membuat keputusan menjadi pemain bola sepak profesional pada usia 12 tahun sehingga mempamer sepakan percuma paling menakjubkan ketika bertemu Preancis dan menjuarai Piala Dunia.

"Dia telah menunjukkan apabila mahukan sesuatu, dia akan lihat sehingga ke penghujung," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Kami amat berbangga mempunyai seorang pejuang juara dunia menjadi duta ini."

Carlos atau digelar 'The Bullet Man' sememannya terkenal dengan kelebihan sepakan percuma yang sempurna ketika mewakili Brazil pada aksi Piala Dunia.

Malah di peringkat kelab, Carlos menyarung jersi Real Madrid dengan membantu menjulang empat trofi La Liga, tiga kali piala Liga Juara-juara pada tahun 1998, 2000 dan 2002.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Roberto Carlos
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan