Ginney Chew Bersuara Tentang Nasib Ramon Marcote - Bola Sepak | mStar

Ginney Chew Bersuara Tentang Nasib Ramon Marcote

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2018 9:00 AM

Ginney Chew

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib ketua jurulatih Kedah Ramon Marcote masih lagi samar selepas tersingkir aksi Piala FA tahun ini.

Marcote gagal dalam mempertahankan dua trofi musim ini, Piala Sumbangsih dan Piala FA sekali gus kewibawaan dan kemampuannya dalam menerajui skuad Lang Merah dipersoalkan.

Bagaimanapun Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew selaku penaja utama skuad ini menyerahkan keputusan penuh kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Menurut Chew, beliau tidak ada kuasa dalam pengurusan KFA, namun seperti penyokong-penyokong setia Hijau Kuning yang lain, beliau mahu mengekalkan dan memberi peluang kepada Marcote terlebih dahulu.

Ramon Marcote

"Saya rasa 'coach' tidak ada masalah, cuma mungkin akan cari penyerang lain.

"Ramai penyokong Kedah yang hubungi saya untuk cari pemain lain (import) yang baharu kerana yang ada sekarang tidak menunjukkan prestasi yang diinginkan.

"Bagaimanapun semua itu keputusan KFA. Cuma sebagai penyokong setia Kedah saya berharap beri peluang sekali lagi kepada jurulatih untuk mengubah posisi pemain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Selasa berkata pihaknya  akan memberi ruang kepada Marcote untuk menjelaskan keadaan sebenar mengenai prestasi pasukan di bawah bimbingannya itu.

"Tidak adil kalau kita terus ambil tindakan padanya,” katanya.

Selain itu, penyokong Kedah rata-rata meminta Marcote menukar Pablo Pallares yang dikatakan tidak menunjukkan prestasi sebenar sebagai penyerang.

Tags / Kata Kunci: Ramon Marcote , Puan Sri Ginney Chew , KFA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan