Sanchez Akui Bermasalah Di Old Trafford - Bola Sepak | mStar

Sanchez Akui Bermasalah Di Old Trafford

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2018 7:26 AM

Alexis Sanchez. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ALEXIS Sanchez mengakui beliau berdepan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di Manchester United.

Ia membuatkan dirinya mahu melepaskan tugas skuad kebangsaan Chile bagi mengatasi masalahnya di kelab itu.

Perkara itu didedahkan Sportsmail pada Rabu bahawa pihak Manchester United begitu cemas dengan ketidaktentuan yang berlaku pada Sanchez sejak pemain itu tiba dari Arsenal, Januari lalu.

Malahan mereka bimbang ia akan menjadi kegagalan yang mahal sebagaimana yang pernah berlaku pada Angel Di Maria.

Pemain yang mendapat bayaran tertinggi Liga Perdana Inggeris dengan £600,000 seminggu itu menjaringkan satu gol dalam 10 perlawanan terakhir. 

Beliau juga dimasukkan ke bangku simpanan semasa kemenangan ke atas Brighton dalam perlawanan Piala FA, hujung minggu lalu. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan