Ronaldo Beri Sebab Jadi Pemain Terbaik Dunia - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Beri Sebab Jadi Pemain Terbaik Dunia

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo menegaskan dia adalah pemain terbaik dunia kerana berjaya membuktikan kemampuan dirinya "tahun demi tahun" bersama Real Madrid dan Portugal.

Bercakap selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik Portugal 2017 dan menyandang gelaran Ballon d'Or kelima seperti Lionel Messi, Ronaldo tekad ingin berjaya demi anak-anaknya.

Bintang berusia 33 tahun itu menjaringkan 42 gol dalam 46 perlawanan pada 2016 dan 2017 sekaligus membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara.

Setakat ini Ronaldo telah menjaringkan 37 gol dalam 35 perlawanan bagi membantu Los Blancos menjangkau suku akhir Liga Juara-Juara dan akan berdepan dengan Juventus bulan depan.

"Saya berterima kasih kepada semua yang berada di sini di atas anugerah yang diterima, ia juga anugerah untuk semua rakan-rakan saya.

"2017 adalah tahun yang sangat baik, ia tidak dapat dilupakan.

"Saya juga memenangi Ballon d'Or yang kelima dan anugerah Pemain Terbaik yang kedua. Saya juga mendedikasikannya kepada empat anak saya.

"Ia juga suatu rekod lain, dapat tiga anak dalam tempoh tiga bulan.

"Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada kerana darah Portugis yang mengalir ketika berjuang.

"Saya sentiasa percaya dan mengatakan bahawa saya adalah yang terbaik. Tidak kira apa sahaja yang mereka katakan, saya akan menunjukkannya di atas padang," katanya yang mengenepikan pemain Rui Patricio dari Sporting Lisbon dan Bernardo Silva, Manchester City. - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Ballon d'Or
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan