“Sayangku, Yang Nombor Satu” - Bola Sepak | mStar

“Sayangku, Yang Nombor Satu”

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2018 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

TEMAN wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez berkongsi ucapan bermakna yang ditujukan kepada bintang itu selepas dianugerahkan Quinas de Ouro sebagai pemain terbaik Portugal.

Wanita yang baru bergelar ibu itu berkongsi gambar mereka berdua ke laman Instagram ketika berjalan pada acara karpet merah yang berlangsung di Lisbon.

"My love, the number one (Sayangku, yang nombor satu)," tulisnya pada ruang kapsyen melalui posting yang dimuat naik pada pagi Rabu.

Pasangan itu kelihatan begitu sepadan ketika berjalan di atas karpet merah Anugerah Quinas.

Georgina menyerlahkan pinggangnya yang ramping dengan sepasang seluar 'high-wasted' berwarna merah, biarpun baru empat bulan melahirkan cahaya mata mereka, Alana Martina.

Wanita jelita itu melahirkan anak perempuan pertama pasangan tersebut pada Mac dan juga menerima kehadiran kembar Maria dan Mateo pada Jun.

Georgina sering berkongsi gambar anak mereka bermain bersama-sama. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Georgina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan