Suku Akhir Piala FA: Pahang-JDT Kembali Bersua - Bola Sepak | mStar

Suku Akhir Piala FA: Pahang-JDT Kembali Bersua

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2018 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Undian perlawanan suku Piala FA 2018 menyaksikan saingan seimbang untuk lapan pasukan yang layak beraksi musim ini.

Lapan pasukan yang mara ke saingan suku akhir kali ini termasuk Kuala Lumpur, Selangor, PKNS FC, Perak, Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT) , PKNP FC dan Felda United.

Undian suku akhir ini menyaksikan Pahang sekali lagi bertemu JDT seperti musim lalu yang memihak kepada skuad Tok Gajah dengan keputusan 4-3.

Selain itu, PNKP yang terkandas apabila tewas di tangan juara bertahan Kedah musim lalu, sekali lagi kembali dan diundi bertemu dengan skuad kendalian B. Sathianathan iaitu Felda United.

Bagaimanapun Kedah gagal melepasi saingan pusingan ketiga musim ini.

PKNS FC pula bakal bertemu Perak, manakala dua pasukan Lembah Klang iaitu Selangor dan Kuala Lumpur bakal merebut tiket ke separuh akhir kelak.

Saingan suku akhir pertama bakal bermula pada 6, 7 dan 8 April ini, manakala aksi timbal balik pada 20 hingga 22 April nanti.

Tags / Kata Kunci: Piala FA , Suku Akhir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan