Jose Mourinho Tak Puas Hati - Bola Sepak | mStar

Jose Mourinho Tak Puas Hati

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2018 7:33 AM

Jose Mourinho. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

ISU pemain Manchester United, Luke Shaw terus mencetuskan kontroversi dan kali ini membabitkan pengurusnya, Jose Mourinho.

Kedudukan pemain pertahanan itu dilihat 'terawang-awang' di Manchester United.

Mourinho menggantikan Shaw pada separuh masa dalam perlawanan menentang Brighton pada hujung minggu, malahan beliau mengkritik pemain itu secara terbuka sekali lagi.

"Saya tidak gembira dengan prestasinya," kata Mourinho.

"Saya perlu mengubah pertahanan dan saya pilih Luke (untuk ditukar) kerana sekurang-kurangnya Antonio (Valencia) mampu mempertahankan kedudukan dengan baik," tambahnya.

Mourinho dilaporkan kecewa dan tidak tahan lagi dengan Shaw, seorang pemain yang dahulunya disebut-sebut sebagai salah seorang yang mempunyai prospek yang baik dalam perlawanan Inggeris. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Luke Shaw , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan