Mourinho Dituduh Buli Seorang Pemainnya - Bola Sepak | mStar

Mourinho Dituduh Buli Seorang Pemainnya

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2018 11:45 AM

Jose Mourinho. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

LAYANAN Jose Mourinho terhadap seorang pemainnya telah menyebabkan beberapa pemain Manchester United percaya pengurus dari Portugal itu melakukan tindakan buli.

Pengurus Old Trafford itu sekali lagi memanggil Luke Shaw keluar padang selepas kemenangan 2-0 ke atas Brighton dalam saingan Piala FA.

Dia dilihat menjerit ke arah Shaw semasa perlawanan dan kemudian menggantikan Shaw dengan Ashley Young pada separuh masa selain mempersoalkan keupayaan pemain berusia 22 tahun untuk mengikut arahan.

"Keputusan melibatkan seorang pemain dengan pemain lain dalam kedudukan yang sama. Saya mahukan pertahanan yang lebih baik, saya mahu barisan pertahanan lebih kemas.

"Itu keputusan saya. Alasan saya adalah kita bekerja di padang berdasarkan jenis pergerakan tertentu, dengan kedua-dua pemain belakang yang agresif untuk memberi ruang untuk Matic dan McTominay.

"Saya tidak dapat mengubah kedua-duanya, saya memutuskan Luke kerana Antonio sekurang-kurangnya mampu bertahan," kata Mourinho selepas perlawanan.

Ini bukan kali pertama Mourinho mengkritik bekas pemain Southampton itu dan ia menyebabkan beberapa pemain kelab berasa Shaw sedang dibuli oleh pengurusnya sendiri, lapor The Telegraph.

Laporan itu menambah sesetengah pemain pasukan pertahanan pasukan itu terkejut dan marah dengan tindakan Mourinho yang memalukan.

Berikutan insiden terbaru itu, Shaw, yang kontraknya berbaki lebih setahun dijangka akan meninggalkan kelab musim panas ini.

Tottenham dan Arsenal dikaitkan dengannya.


Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Luke Shaw
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan