Mana Cukup Satu Trofi! - Matic - Bola Sepak | mStar

Mana Cukup Satu Trofi! - Matic

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2018 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United belum boleh mendabik dada walaupun sudah memenangi Piala FA, kata penyerangnya Nemanja Matic (gambar).

Kemenangan United 2-0 ke atas Brighton dan Hove Albion dalam suku akhir Piala FA pada Sabtu memberikan sinar kepada kelab itu untuk memenangi trofi pada musim ini selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara minggu lalu.

Pesaingnya, Manchester City pula dikatakan sebagai pasukan kegemaran penyokong untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan United pula di tempat kedua kerana berada 16 mata dibelakang jirannya dan mempunyai lagi lapan perlawanaan untuk bermain.

"Anda mempunyai empat perlawanan dalam musim ini - kalau anda menang satu sahaja tak cukup, tapi anda sudah lakukan yang terbaik.

"Dalam Liga Perdana Inggeris, bila anda dalam kelompok empat teratas... ia bukanlah sempurna, tapi cukup bagus untuk bermain dalam Liga Juara-Juara musim akan datang," kata Matic kepada media Inggeris.

Selepas United menewaskan Brighton, Jose Mourinho memuji Matic sebagai seorang yang mempunyai personaliti, kehendak dan kawalan; sementara beliau mengkritik yang lain kerana mempamerkan aksi kurang bersemangat.

"Dia (Mourinho) istimewa kerana sentiasa ingin menang. Anda boleh lihat bila kami kalah, dia tidak boleh terima. Mungkin sebab itulah dia memenangi lebih 20 trofi dalam hidupnya," kata pemain Serbia itu. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Nemanja Matic
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan