Jangan Pergi Andres Iniesta! - Stegen - Bola Sepak | mStar

Jangan Pergi Andres Iniesta! - Stegen

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2018 10:23 AM

Foto dari AFP

(Ubah saiz teks)

MARC-ANDRE ter Stegen (gambar) menggesa Andres Iniesta untuk menolak tawaran lumayan ke China dan kekal di Barcelona untuk beberapa tahun lagi.

"Iniesta? Semua orang di kelab itu berharap dia kekal di Barca," kata penjaga gol tersebut selepas kemenangan 2-0 Catalans ke atas Athletic Bilbao pada Ahad.

"Kami suka jika dia tinggal bersama kami sehingga akhir musim ini dan untuk tahun-tahun yang masih akan datang.

"Ini keputusan peribadi, walaupun dia seorang pemain yang sangat penting dan hebat untuk kelab ini.

Iniesta. - Reuters

Stegen turut mengulas tentang perlawanan tersebut dan memberitahu bahawa kehilangan fokus pada babak kedua tidak menghalang kelab itu meraih kemenangan.

"Kami mempunyai babak pertama yang sangat baik, walaupun kami kehilangan tumpuan pada babak kedua dan membiarkan mereka rapat ke pintu gawang, namun, yang penting adalah kami menang.

"Ia adalah satu permainan rumit, tetapi kami memungut lebih banyak mata dan menang bergaya.

"Trofi Zamora? Saya tidak memikirkannya. Kita semua mempunyai tugasan sebagai satu pasukan dan hanya boleh menang sebagai satu pasukan. Hanya selepas itu, hadiah individu boleh dibincangkan," ujarnya. - Football Espana

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan