Salah Atasi Rekod Gol Messi - Bola Sepak | mStar

Salah Atasi Rekod Gol Messi

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool mendedahkan pemainnya Mohamed Salah 'dalam perjalanan' berada sebaris dengan Lionel Messi.

Salah kini berada dalam ranking teratas penjaring terbanyak dalam lima liga terbaik Eropah, mengatasi bintang Barcelona, Messi dan pemain Tottenham Harry Kane.

Namun Jurgen Klopp berkata, pemain kelahiran Mesir itu hanya fokus dengan corak permainannya sendiri

."Saya tidak rasa Mo mahu menyamakan dirinya dengan Lionel Messi.

"Messi telah berada di tempat Mo sekarang seperti dalam tempoh 20 tahun atau lebih.

"Pemain terakhir yang saya yakin lihat agak senonim dengan situasi sekarang ialah Diego Maradona.

"Tetapi Mo mempunyai kelebihan sendiri. Seperti dalam kehidupan kita, jika mempunyai kemahiran anda perlu menunjukkannya secara konsisten. Dan dia sangat bagus," ujar Klopp.

Dalam tempoh sembilan bulan, Salah telah menjaringkan 36 gol untuk The Reds, menjadikan dia seorang pemain yang merakam jaringan terbanyak untuk pertama di Anfield.

Penjaring terbanyak dalam lima liga terbaik Eropah (Sumber: Opta)
Pemain Gol
Mohamed Salah 36
Harry Kane 35
Lionel Messi 34
Ciro Immobile 34
Edinson Cavani 33
Cristiano Ronaldo 33
Robert Lewandowski 32
Sergio Aguero 30
Neymar 28


Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan