Jaringan Hatrik: Apa Kata Safawi Rasid? - Bola Sepak | mStar

Jaringan Hatrik: Apa Kata Safawi Rasid?

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 11:14 AM

Foto kredit: Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga gol dalam satu perlawanan tidak menjadikan Safawi Rasid berada dalam keadaan selesa.

Penyerang muda Johor Darul Tak'zim (JDT) itu melakukan hatrik pada aksi Piala FA menentang UiTM FC Sabtu malam sekali gus memberi kemenangan 3-2 kepada kelabnya.

Menurut Safawi yang baharu menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 5 Mac lalu, pencapaian seperti ini tidak akan diperolehi tanpa adanya sokongan daripada pelbagai pihak.

"Sokongan ibu bapa, kawan-kawan sepasukan menjadikan saya dapat bermain dengan baik.

"Bola sepak adalah permainan berpasukan, dan tanpa sokongan rakan-rakan sepasukan, saya tidak akan berada di sini," jelasnya kepada mStar Online.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini memberitahu, perjalanannya masih jauh dan berharap dapat memberi fokus dalam setiap perlawanan.

"Saya masih belum bagus. Dan kalau boleh mahu kekalkan prestasi untuk kelab dan negara.

"Selain itu, saya perlu elakkan daripada sebarang kecederaan," tambahnya.

Pada perlawanan tersebut, pemain prolifik muda negara ini  melengkapkan gol kemenangan pada minit ke-11,40' dan 71'.

Keputusan ini juga melayakkan JDT mara ke suku akhir Piala FA musim ini.

Tags / Kata Kunci: Safawi Rasid , JDT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan