Nasib Pogba Di Manchester United Dalam Tangan Raiola - Bola Sepak | mStar

Nasib Pogba Di Manchester United Dalam Tangan Raiola

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2018 4:49 PM

Pogba menyumbang sebanyak 18 daripada 30 gol United dalam Liga Perdana Inggeris. - Reuters

(Ubah saiz teks)

MASA depan Paul Pogba masing samar-samar di Manchester United.

Ejen pemain bernilai £89 juta (RM485 juta)  itu, Mino Raiola difahamkan terpaksa mencari pembeli yang berpotensi mengambil Pogba sebagai anggota baharu mereka.

Pogba dikatakan hanya menjaringkan sebanyak 18 daripada 30 gol United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pendirian Raiola itu didakwa telah mengecewakan pengurus United, Jose Mourinho yang terpaksa bertolak ansur sekiranya ia berlaku kerana ejen itu turut mewakili beberapa nama besar di United seperti Romelu Lukaku, Zlatan Ibrahimovic dan Sergio Romero.

Raiola. - Foto dari Getty Image

Tetapi, Pogba telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia yakin akan keluar kerana sedar dia bermain dalam antara pasukan terbesar di Eropah dan untuk pengurus terbaik.

Walaupun terdapat percanggahan pendapat dengan Mourinho tentang peranan Pogba dalam pasukannya, mereka masih mengamalkan hubungan kerja yang baik.

Mourinho juga sedar bahawa Raiola sedang menggesa agar pemainnya diberikan kontrak baharu yang mana akan memberikan pengurus itu keserataan dengan kontrak yang mengikat Alexis Sanchez pada nilai £150,000 (RM817,541) seminggu (lebih daripada Pogba).

Raiola turut berasa Pogba tidak bermain di posisi terbaiknya dan ia sekali lagi menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan kakitangan jurulatih United. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan