"Pemain Perlu Belajar" - Ramon Marcote - Bola Sepak | mStar

"Pemain Perlu Belajar" - Ramon Marcote

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

"PEMAIN Kedah perlu belajar daripada kesilapan lalu."

Itu pesanan pengendali Kedah, Ramon Marcote terhadap pemain skuad hijau kuning yang akan berdepan Pahang dalam saingan Piala FA du Kuantan malam ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu berpendapat kekalahan Kedah kepada Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super minggu lalu telah memberi pengajaran sebaiknya.

Oleh itu, bagi memastikan skuad itu pulang dengan tiga mata, pemain diingatkan untuk tidak melakukan kesilapan yang dapat memberi peluang kepada lawan sehingga mencipta kemenangan.

"Saya sebenarnya tidak boleh marahkan pemain kerana mereka telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu cuma kita perlu belajar daripada kesilapan.

"Saya juga tidak berasa kecewa sebaliknya mahu mereka bangkit semula untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan menentang Pahang.

"Seperti yang kita lihat, pemain Kedah berjaya melakukan serangan yang pasukan lain tidak buat dalam permainan mereka dan ini perlu dipuji.

"Saya harap aksi seperti ini dapat diteruskan, manakala kesilapan pula diminimumkan untuk memastikan sasaran tiga mata menjadi kenyataan," katanya kepada mStar Online.

Marcote memberitahu, terdapat penyokong menyatakan pasukan Kedah dibolosi sebanyak 12 kali dalam lima perlawanan liga lalu tetapi pada dua perlawanan sebelum ini juga kita berjaya menjaringkan tujuh gol.

Menurutnya, kehadiran Baddrol Bakhtiar dalam perlawanan ini selepas direhatkan kerana mengalami kecederana mampu membantu memantapkan pasukan Kedah.

Jelasnya, pemain perlu memberi sepenuh perhatian kerana Pahang merupakan sebuah pasukan yang hebat dan berada di final musim lalu untuk merebut Piala FA.

Tags / Kata Kunci: Marcote , Kedah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan