Suku Akhir Liga Juara-Juara: Guardiola Bertemu Klopp - Bola Sepak | mStar

Suku Akhir Liga Juara-Juara: Guardiola Bertemu Klopp

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mac 2018 7:45 AM

Guardiola (kiri) bakal berkunjung ke Anfield untuk aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara.

(Ubah saiz teks)

DUA kelab Inggeris bakal berentap pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara April ini.

Liverpool dan Manchester City menjadi menjadi tumpuan bagi melihat kelab mana yang lebih hebat untuk layak ke pusingan seterusnya selepas ini.

Anak buah Pep Guardiola sebelum ini mempunyai rekod cemerlang ke atas The Reds dalam aksi Liga Perdana apabila membelasah anak buah Jurgen Klopp 5-0 September lalu.

Aksi pertama bakal berlangsung di Anfield pada 3 atau 4 April ini, manakala seminggu kemudian mereka berkunjung ke Etihad untuk perlawanan timbal balik.

Undian penuh suku akhir Liga Juara-Juara:

Barcelona lwn Roma

Sevilla lwn Bayern Munich

Juventus lwn Real Madrid

Liverpool lwn Manchester City

Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp , Pep Guardioala
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan