Rekod Disiplin Pemain City Membimbangkan Panel Bebas - Bola Sepak | mStar

Rekod Disiplin Pemain City Membimbangkan Panel Bebas

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2018 7:43 PM

Manchester City didenda akibat tingkah laku Sergio Aguero (gambar) dan David Silva dalam Piala FA di Wigan. - Sky Sports

(Ubah saiz teks)

REKOD disiplin Manchester City menaikkan 'kebimbangan melampau', putus panel bebas.

Persatuan Bola Sepak menyiarkan beberapa punca berkaitan denda sebanyak £50,000 (RM272,844) yang dikenakan ke atas kelab tersebut di atas kegagalan mengawal pemain mereka semasa perlawanan Piala FA berlangsung di Wigan bulan lalu.

Suruhanjaya pengawalseliaan bebas mendedahkan ia tidak cukup serius untuk mengenakan potongan mata dalam Liga Perdana Inggeris, walaupun tiga tuduhan serupa dilaporkan berlaku dalam tempoh 14 bulan.

City didenda selepas insiden menentang Chelsea pada Disember 2016, dan Liverpool pada Mac 2017.

Panel itu mendedahkan: "Ahli-ahli suruhanjaya amat prihatin terhadap kekerapan pelanggaran (peraturan) oleh kelab itu baru-baru ini memandangkan mereka tidak berdepan kejadian sedemikian sepanjang tempoh lima musim sebelum Disember 2016.

"Insiden sebelum kejadian ini dianggap sebagai faktor memudaratkan yang serius walaupun tidak sampai tahap untuk mengenakan potongan mata."

Suruhanjaya itu, yang diketuai oleh pengerusinya Peter Powell, mengkaji semula video insiden tersebut sebanyak beberapa kali dan mempertimbangkan sekeping surat daripada kelab itu dan pengadil Anthony Taylor sebagai rujukan.

Denda awal sebanyak £75,000 (RM409,267) dianggap sesuai dengan tingkah laku yang dicetuskan oleh Sergio Aguero dan David Silva terhadap Taylor.

Panel itu menyatakan bahawa kesalahan itu telah "... diburukkan oleh pemain, terutama Aguero dan Silva yang menyentuh atau menarik pengadil dengan cara yang sangat mendesak".

Denda itu dikurangkan kepada £50,000 selepas City mengakui tuduhan tersebut dengan segera dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan tingkah laku yang lebih baik dipamerkan. - Sky Sports

Tags / Kata Kunci: Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan