Liga Juara-Juara: Gol Ke-100 Messi Tundukkan Chelsea - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara: Gol Ke-100 Messi Tundukkan Chelsea

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 7:38 AM

Aksi Lionel Messi (kanan) menjaringkan gol. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PRESTASI yang cukup cemerlang ditunjukkan oleh Lionel Messi yang membuatkan Barcelona menewaskan Chelsea dengan 3-0 dalam perlawanan pusingan kedua bagi pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Messi mencatatkan gol pembukaan hanya beberapa minit permainan bermula dengan memanfaatkan hantaran bola dari rakan sepasukan, Luis Suarez.

Barcelona terus mara apabila pemain Ousmane Dembele menjaringkan gol pada minit ke-20.

Pada aksi separuh masa kedua di Camp Nou di Barcelona, tendangan Messi sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-63.

Ia merupakan gol ke-100 bagi pemain berusia 30 tahun itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara. - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan