Man United Tersingkir Saingan Liga Juara-Juara - Bola Sepak | mStar

Man United Tersingkir Saingan Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2018 7:44 AM

Romelu Lukaku menjaringkan gol tunggal buat Manchester United ketika menentang Sevilla pada perlawanan pusingan kedua, bagi pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Old Trafford. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

PRESTASI yang memalukan dari Manchester United apabila menyaksikan mereka disingkirkan dalam Liga Juara-Juara oleh Sevilla.

Dalam pusingan kedua bagi pusingan pasukan 16 terakhir itu, Sevilla menewaskan kelab di bawah pengurus Jose Mourinho dengan 2-1.

Manchester United dilihat bergerak perlahan pada permulaan permainan tetapi kedua-duanya semakin agresif pada babak kedua.

Dua gol Sevilla diraih oleh Wissam Ben Yedder pada minit ke-74 dan 78'.

Manchester United hanya mampu meraih gol tunggal menerusi aksi Romelu Lukaku, juga pada separuh masa kedua.

Manchester United belum pernah melepasi tahap sejak 2014 dan ia juga tidak berlaku pada perlawanan Selasa malam.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan