Guardiola Akur Pakai Riben Kuning Sebelum Dan Selepas Perlawanan - Bola Sepak | mStar

Guardiola Akur Pakai Riben Kuning Sebelum Dan Selepas Perlawanan

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2018 2:34 PM

Guardiola menanggal riben kuning sebaik sahaja perlawanan bertemu Stoke City pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola didenda 20 ribu pound kerana melanggar peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Pengurus Manchester City itu sebelum ini ditegur kerana memakai riben kuning yang menggambarkan simbol politik di negaranya.

Dia dilarang memakai riben kuning itu ketika perlawanan berlangsung, namun dibenarkan ketika sebelum dan selepas aksi.

Pengurus Catalan kelahiran 47 tahun itu menanggalkan riben kuning yang dipakai sebelum aksi sepak mula aksi kemenangan 2-0 ke atas bertemu Stoke City pada Isnin.

"Saya menghormati peraturan FA. Saya tidak bersetuju tetapi perlu menghormatinya. Mereka membenarkan saya pakai sebelum dan selepas perlawanan.

"Jadi inilah yang berlaku," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Pep Guardiola
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan