Wenger Risau Kehadiran Penyokong Ke Stadium Kurang - Bola Sepak | mStar

Wenger Risau Kehadiran Penyokong Ke Stadium Kurang

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2018 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger risau dengan kehadiran penyokong di Stadium Emirates sejak kebelangan ini.

Namun pengurus The Gunners itu yakin skuadnya akan berbuat apa sahaja untuk memenangi kembali hati penyokong-penyokong kelab ini.

Menurut laporan media, hampir seribu kerusi kosong dalam stadium ketika aksi menang 3-0 ke atas Watford pada Ahad walaupun kelab telah menjual 59,131 tiket daripada jumlah sebenar 59,867 tempat duduk.

"Sudah tentu risau kerana saya ingin melihat semua penyokong gembira di belakang pasukan.

"Tetapi selepas apa yang berlaku minggu lalu (bertemu City) ia sukar dijangka.

"Kami kini sedang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan penyokong dan akan melakukan apa sahaja.

"Saya menghormati pandangan semua orang dan fokus kepada tugasan dengan penuh komitmen," ujar Wenger kepada Standard Sport.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan