Dea Gea Bengang Sikap Sambil Lewa Manchester United - Bola Sepak | mStar

Dea Gea Bengang Sikap Sambil Lewa Manchester United

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2018 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

DAVID de Gea terus kecewa dengan sikap sambil lewa Manchester United yang masih berdiam diri mengenai kontrak baharunya.

Mengikut syarat-syarat menyertai kelab sebelum ini, De Gea sememangnya layak mendapat tawaran kontrak baharu berdasarkan prestasi.

Namun kelab dilihat tidak bersungguh-sungguh memberi kontrak baharu walaupun De Gea mempunyai pilihan untuk terus berada di Old Trafford sehingga tahun 2020.

Kontrak semasa De Gea masih berbaki kurang daripada 16 bulan.

Keadaan itu menyebabkan De Gea tidak gembira kerana terpaksa menunggu lebih lama tawaran daripada kelab.

Menurut sumber dalaman, ejen pemain berusia 27 tahun ini sudah berbincang mengenai kontrak De Gea sejak tahun lalu.

"Mereka sangat lambat. Ia selalu terjadi seperti ini," ujar salah seorang kawan rapat penjaga gol itu.

Tags / Kata Kunci: David de Gea , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan