Tindakan Penyokong Cilik Liverpool Tarik Perhatian Robertson - Bola Sepak | mStar

Tindakan Penyokong Cilik Liverpool Tarik Perhatian Robertson

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2018 8:02 AM

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN penyokong cilik Liverpool Alfie Radford menarik perhatian Andy Robertson.

Pemain pertahanan The Reds itu melihat Radford menderma wang sakunya ke tabung 'Fan Supporting Foodbanks' di Anfield ketika perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Porto pada Rabu.

Robertson telah menghantar sehelai jersi yang ditandatangani penyerang Roberto Firmino bersama sekeping surat.

Jelas Robertson, tindakan peminat muda itu akan diingat selamanya dan memastikan Radford menerima balasan.


"Ia sesuatu yang bijak daripada anda dan menunjukkan contoh kepada kami semua apabila mengambil peduli dan memikirkan kepada orang lain - Ia seperti Liverpool!."

Pemain antabangsa Scotland itu turut bergurau apabila menulis 'tiada siapa yang inginkan baju pemain pertahanan'.

"Saya akan pastikan semua orang dengar apa yang telah anda lakukaan. Anda telah membuatkan LFC bangga Alfie - saya pasti keluarga anda juga."

Tags / Kata Kunci: Andy Robertson , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan