Kematian Pemain Itali Turut Dirasai Pochettino - Bola Sepak | mStar

Kematian Pemain Itali Turut Dirasai Pochettino

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2018 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino masih terkejut dengan kematian kapten pasukan Fiorentina.

Davide Astori, 31, meninggal dunia pada Sabtu di biliknya menjelang perlawanan Fiorentina bertemu Udine.

Semua perlawanan Serie A pada Ahad ditunda berikutan kematian pemain tersebut.

Kehilangan pemain antarabangsa Itali itu juga turut dirasai oleh peminat bola sepak dunia.


Pochettino turut meluahkan perasaannya mengenai kehilangan salah seorang pemain yang dianggap hebat.

"Saya ini berkongsi rasa simpati dengan kehilangan Davide Astori dan semua orang yang menyayanginya. Saya rasa ia adalah tragedi yang menyedihkan.

"Saya berpeluang bertemu dengan Astori lima tahun lalu kerana merancang untuk mengikatnya ketika bersama Southampton.

"Saya menghabiskan masa tiga jam makan tengah hari bersamanya. Dia seorang yang hebat, baik dan profesional.


"Saya turut berasa sedih apabila menerima berita kematiannya pada Sabtu. Malah sudah pasti kesedihan ini juga dikongsi bersama di Itali dan Florence," jelas Pochettino.

Punca kematian masih disiasat dan pihak hospital tidak menolak kemungkinan ia mati mengejut.

Tags / Kata Kunci: Davide Astori , Fiorentino
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan