"Pep Tak Hormat Undang-Undang Negara Tempat Bekerja" - Bola Sepak | mStar

"Pep Tak Hormat Undang-Undang Negara Tempat Bekerja"

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2018 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola bakal dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Ia berikutan tindakan pengendali Manchester City  itu yang memakai riben kuning di padang ketika perlawanan.

Riben itu sebagai tanda Guardiola penyokong ahli politik yang dipenjarakan di kampung halamannya di Catalan.

Sebelum ini FA telah meminta Guardiola memberi penjelasan, dan pengurus berusia 47 tahun itu hanya menjawabnya pada Sabtu lalu yang sepatutnya dijawab selewat-lewat Isnin lalu.

FA menganggap penjelasan Guardiola sebagai 'pemerhati' berbanding perasaan hormat kepada undang-undang negara yang dia bekerja. Malah Guardiola tidak meminta maaf.

"Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui dakwaan memakai riben yang mempunyai matlamat tersendiri. Kertas kerja telah dipohon dan tarikh pendengaran akan ditetapkan berhubung berkara tersebut," jelas kenyataan FA.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Riben Kuning
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan