Penyokong Manchester United Ajak Matic Kahwin - Bola Sepak | mStar

Penyokong Manchester United Ajak Matic Kahwin

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2018 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Manchester United mengajak Nemanja Matic berkahwin.

Pelbagai status di laman Twitter dengan memuji aksi gol Matic itu malah ada yang mengajaknya berkahwin.

'Matic will you marry me?!' (Matic, sudikah berkahwin dengan saya) selepas pemain kelahiran Serbia itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 selepas terikat seri 2-2 dengan Crystal Palace awal pagi Selasa.

Jaringan itu merupakan gol sulung Matic selepas perpindahannya dari Chelsea.

Pada aksi itu, pemain tuan rumah Townsend meledak gol pertama perlawanan pada minit kesebelas sebelum gol kedua oleh Van Aanholt minit ke-48.

Bagaimana pun, skuad Jose Mourinho bangkit mencari gol dengan jaringan Smalling minit ke-55, dan Lukaku menyamakan kedudukan minit ke-76.

Pada masa kecederaan, Matic,29, mengecewakan pasukan tuan rumah untuk mengutip satu mata seri dengan jaringannya.

Tags / Kata Kunci: Nemanja Matic , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan