Mourinho Akan 'Membebel' Di Rusia Sempena Piala Dunia - Bola Sepak | mStar

Mourinho Akan 'Membebel' Di Rusia Sempena Piala Dunia

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2018 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

APABILA Piala Dunia 2018 berlangsung pada pertengahan Jun ini, Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, akan menyumbangkan kemahirannya sebagai pengulas bagi stesen televisyen Rusia Today.

Dikenali dengan gelaran yang diberikannya sendiri, The Special One itu akan 'berkampung' di Moscow dan berkongsi kepakarannya sebagai penganalisis.

Dia juga akan membuat ramalan dari semasa ke semasa mengenai pesta bola sepak terunggul di dunia itu.

"Saya sangat gembira menyertai Russia Today dan tidak sabar untuk menyaksikan Piala Dunia di Russia musim panas ini," katanya.

Bagi peminat bola sepak, Mourinho bukan sekadar pengurus pasukan. Dia juga diingati sebagai tokoh yang bersahaja dan sesekali pedas memberi pendapat.

Dia mengemudi United dengan reputasi yang tinggi. Antara lain kerana berjaya memenangi Liga Juara-juara sebanya dua kali melalui Porto FC dan Chelsea.

Dia juga pernah menjadi pilihan kelab elit dunia, Real Madrid, serta Inter Milan.

Semasa Piala Dunia yang bermula 14 Jun ini Mourinho akan digandingkan dengan legenda United, Peter Schmeichel.

Bersama United penjaga gol itu menjulang juara liga EPL sebanyak lima kali, tiga Piala FA dan satu Liga Juara-juara.

Tags / Kata Kunci: Mourinho , Rusia Today
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan