Gurdiola Puji Conte Menjelang Perlawanan Man City-Chelsea - Bola Sepak | mStar

Gurdiola Puji Conte Menjelang Perlawanan Man City-Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2018 2:33 PM

Conte (kiri) dan Guardiola.

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola meredakan tekanan pengurus Chelsea menjelang perlawanan kedua-dua pasukan awal pagi Isnin ini.

Menurut pengendali Manchester City itu, Conte adalah 'guru' taktikal yang telah mengubah corak permainan kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris.

Conte berjaya membawa The Blues menjulang trofi liga musim lalu sebaik sahaja tiba di Stamford Bridge.

Bagaimana pun, musim ini Chelsea terpaksa berdepan dengan saingan sengit merebut tempat terbaik kedudukan liga, dan kini berada di tempat kelima.

"Saya yakin Conte akan meninggalkan sesuatu berharga untuk bola sepak Inggeris. Itu sangat pasti.

"Mungkin orang tidak sedar apa yang telah dia lakukan dalam Liga Perdana ini.

"Dia telah memperkenalkan taktik serangan dengan lima orang di bahagian belakang dan sistem lain lagi.

"Banyak pasukan yang cuba meniru sistem itu termasuk Arsenal.

"Dia adalah master dalam taktikal. Juga telah membuat perkara yang menakjubkan untuk pasukan negaranya, Itali ketika berada di Turin," ujarnya.

Man City kini selesa berada di puncak liga dan hanya perlu menang lima daripada baki sepuluh perlawanan bagi mengesahkan juara liga musim ini.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Antonio Conte
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan