Kedah Tanpa Pablo Pallares - Bola Sepak | mStar

Kedah Tanpa Pablo Pallares

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2018 3:10 PM

Pablo Pallares

(Ubah saiz teks)

KEDAH terpaksa melupakan aksi penyerang utamanya, Pablo Pallares ketika menerima kunjungan skuad Negeri Sembilan bagi aksi Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.

Pengendali skuad hijau kuning, Ramon Marcote berkata, pemain kelahiran Sepanyol itu terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan.

Menurutnya, kecederaan itu sekali gus menafikan perancangannya untuk membariskan lima import untuk berdepan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah.

"Tempat Pallares mungkin akan diganti oleh penyerang muda kita iaitu Zaquan Azeman dan ia akan membuka peluang kepada pemain ini untuk mempamerkan ketajaman penyudahnya.

"Selain itu Akhyar Rashid juga tudak dapat diturunkan dan pastinya posisi mereka akan diganti oleh pemain yang mempunyai kelebihan untuk memastikan tiga mata menjadi milik kita.

"Bagaimanapun Syazwan Zainon yang mengalami kecederaan pula telah pulih dan berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan," katanya kepada mStar Online.

Beliau memberitahu, sebagai juara musim lalu, Kedah perlu menggandakan usaha dalam misi mempertahankan kejuaraan itu.

Jelasnya, dengan pengalaman dan adunan antara pemain import, muda dan senior, ia pasti dapat membentuk sebuah pasukan terbaik bagi menghadapi lawan.

"Saya harap pemain akan memberi sepenuh perhatian sepanjang permainan dan tidak melakukan kesilapan yang akan memberi ruang kepada lawan.

"Untuk menjuarai pertandingan bukanlah sukar tetapi bagi mempertahankan kejuaraan itu adalah satu ujian dan cabaran getir yang terpaksa dihadapi oleh pemain," ujarnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan