Moura Tergamam Tindakan Pengadil Guna Spray Penanda Ketika Salji - Bola Sepak | mStar

Moura Tergamam Tindakan Pengadil Guna Spray Penanda Ketika Salji

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2018 9:02 AM

Moura (kiri) tersenyum kepada pengadil Tierney.

(Ubah saiz teks)

MALAM yang sukar buat pengadil Paul Tierney ketika mengadili perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Rochdale.

Jika di separuh masa pertama dikecam kerana membuat keputusan lambat berdasarkan Video Pembantu Pengadil (VAR), berbeza pula pada babak kedua.

Mungkin agak tertekan dan terlupa sehingga Tierney cuba menggunakan spray mudah tanggal sebagai penanda untuk sepakan percuma buat pemain Spurs.

Namun tindakan itu membuatkan Lucas Moura tergelak kerana kedaan cuaca yang bersalji sudah tentu spray itu tidak ada fungsinya.

Namun gelagat Moura itu hanya dibalas senyuman oleh Tierney.

Tags / Kata Kunci: Lucas Moura
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan