FMLLP Ambil Alih Pengurusan Stadium Kecil? - Bola Sepak | mStar

FMLLP Ambil Alih Pengurusan Stadium Kecil?

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2018 9:54 PM

Kevin (kanan) dan Ian pada sidang akhbar MoU antara Shoopee dengan FMLLP dalam penajaan Piala FA Malaysia. - Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kerjasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) melihat kemungkinan mengambil alih pengurusan beberapa stadium kecil yang kurang diguna pakai di seluruh negara bagi mengatasi masalah perkongsian stadium oleh pasukan dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata pihaknya akan mengenal pasti stadium yang sesuai untuk dinaik taraf fasliliti di stadium untuk dijadikan gelanggang tuan rumah untuk pasukan tertentu.

Bagaimanapun, katanya, rancangan jangka panjang itu perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengarah FMLLP sebelum membuat pelaburan dan mengambil alih pengurusan stadium.

“Jika kita biarkan beberapa pasukan berkongsi stadium seperti sekarang dan tidak mengambil inisiatif seperti ini, saya takut isu ini akan berlarutan sehingga ke 10 atau 12 tahun akan datang dan tidak akan ada pasukan ingin melabur dalam fasiliti-fasiliti mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjanjian kerjasama FMLLP dan Shoppe yang menaja saingan Piala FA musim ini, di sini pada Khamis.

Mengakui isu fasiliti dalam kancah bola sepak Malaysia adalah satu masalah yang realistik, beliau berkata stadium-stadium kecil itu tidak dapat digunakan di pentas profesional kerana kekurangan kemudahan fasiliti dan isu keselamatan.

Kevin berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa stadium yang boleh dinaik taraf untuk digunakan oleh pasukan Liga-M di Lembah Klang, Selayang dan Shah Alam di Selangor.

Beliau percaya rancangan FMLLP itu akan mendapat sokongan penaja susulan industri bola sepak sudah lama berada di era profesional.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata pihaknya komited dalam menyokong perkembangan bakat pemain tempatan serta mahu dan mahu membantu pasukan menjana pendapatan mereka.

Kerjasama selama setahun itu menyaksikan FMLLP dan Shopee bakal menganjurkan beberapa siri bengkel bola sepak di Semenanjung Malaysia bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia tempatan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: FMLLP , Shopee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan