Longhi Dilantik Jurulatih Sementara JDT - Bola Sepak | mStar

Longhi Dilantik Jurulatih Sementara JDT

Diterbitkan: Isnin, 26 Februari 2018 3:43 PM

Foto kredit: Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melantik Raul Longhi sebagai jurulatih sementara kelab itu bagi menggantikan posisi Ulisses Morais.

Pada Ahad, Morais memberitahu bahawa dia terpaksa meninggalkan JDT berikutan berdepan dengan masalah kesihatan ahli keluarganya.

Namun kurang daripada 24 jam, Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa Longhi akan ditugaskan sebagai 'caretaker coach'.

"Selain mempunyai pengalaman menjadi caretaker coach di Kelab Espanyol, pengalaman bersama kelab selama tiga tahun dan arif mengenai kelab serta falsafah bolasepak JDT menjadi faktor beliau dilantik.

"Oleh itu, kelab telah memutuskan untuk beliau menjadi ‘caretaker coach’ dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim, Penolong Jurulatih JDT," ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin.

Longhi ,65, kelahiran Argentina tiba di JDT pada 2015 dan beliau bukanlah nama baharu bagi skuad Harimau Selatan.

Tags / Kata Kunci: JDT , Raul Longhi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan